Setiap umat manusia pasti tidak akan terlepas dari membuat dosa. Itu adalah lumrah alam. Sesunguhnya setiap kejadian perkara itu hanya akan terjadi dengan izin Allah S.W.T. Telah banyak perkara-perkara dosa yang kita telah lakukan, dan tidak sedar akan kita bahawa setiap perkara itu adalah ujian dari Allah S.W.T. Didalam surah At-Taubah ayat ke 126, Allah S.W.T ada berfirman dan menyatakan "Tidakkah mereka tahu, bahawa mereka diuji tiap tahun, sekali atau dua kali, kemudian mereka tidak bertaubat dan tidak pula mengambil peringatan".
Ini adalah kata-kata Allah S.W.T dan jika kita merujuk Al-Quran sebagai panduan, kita akan tahu yang ujian dari Allah S.W.T tu pasti akan datang pada tiap-tiap tahun. Dan harus kita segera bertaubat jika ujian yang kita hadapi itu membawa kita kepada perkara-perkara yang boleh mendatangkan dosa. Akan tetapi, jika Iman seseorang itu teguh dan utuh, maka dapatlah dia menerima ujian itu dengan sebaik-baik perkara yang mungkin. Contohnya: Kita diberikan rahsuah yang jumlahnya tinggi, maka itu adalah satu ujian.. Jika iman kita tidak kuat, nescahaya kita mengikut bisikan syaitan dengan mengambil wang rasuah tersebut. Tetapi, bagi orang yang beriman dan bertaqwa (takut akan Allah S.W.T) pasti mereka akan dapat mengatasi nafsu dan bisikan syaitan tersebut. Maka, dengan perbuatan dan kesalahan yang kita lakukan itu, perlu diambil peringatan dengan bertaubat kepada Allah S.W.T. serta terus meninggalkan perbuatan tersebut.
Insyaallah, dengan taubat yang sebenar-benar yang ikhlas dari hati nurani kita dan berazam untuk tidak melakukannya lagi akan diterima oleh Allah S.W.T dan diperlu disertakan dengan amalam-amalan yang diperintahkan juga perlu sentiasa meningkatkan keimanan dan ketaqwaan dalam diri. Ini dapat dilakukan dengan kerap solat berjemaah dimasjid, mendengar kuliah-kuliah ilmu agama, membaca Al-Quran dan tafsirnya serta membaca hadis-hadis amalan junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Insyaallah, kita akan diberkati dan dirahmati oleh-Nya.
"Kecuali orang-orang yang bertaubat dan memperbaiki serta menyatakan, maka Aku terima taubat mereka, dan Aku Penerima taubat, lagi Maha Penyayang"
-surah Al-Baqarah, ayat 160-